Tuesday, 30 July 2013

Cambodia_Part two

Assalamualaikum wbt. . .
Salam sejahtera. . .
Salam satu Malaysia. .




Sambungan dari Cambodia_Part One.

Cerita secara ringkaslah apa yang aku buat dah aku dapat dekat sana.

Okay tanggal 19hb Jun kami akan melaksanakan satu program "Khidmat Masyarakat". Berkhatan dan check kesihatan. Berkhatan staf lelaki yang terlibat manakala yang perempuan untuk check kesihatan. Macam-macam ragam eh orang disana. Diorang agak susah nak pergi ke hospital. Dia punya sistem perubatan macam Indonesia kalau tak silap. Dr tak boleh bagi ubat. Ubat beli dekat farmasi melainkan suntikan jealah. Bila kita orang datang bagi ubat percuma. Waaa, meriah mak jah. Ramai sangat orang tapi masalahnya datang seorang tapi minta untuk suami, ayah, emak dan anak-anak. Itu yang aku tak tahan. Macam wakilllah. -.-

Kita orang pun layan jelah sebab niat memang nak bagi ubat-ubat tu pun. Yelaah malas nak bawa balik Malaysia balik. Yang berkhatan pula aku dengar ada yang terjerit-jerit menangis ada yang lari. Haha. Yelaah daftar punyalah ramai sekali yang khatannya berapa orang jea. Hihi

Lepas Khidmat Masyarakat tu kita orang balik ke rumah tumpangan kami tu sebab nak berpindah ke hotel. Dekat sikit sebab esoknya nak balik Malaysia dekatlah dah dengan Lapangan Terbang. Hotel dia murahlah juga, bolehlah. Tak silap aku RM 15, dollar aku dah lupa pulak. *short-term memory* Selesa sangat. (:

Masa dekat situ aku dapat pengalaman baru weyh. Macam mana menunaikan solat. Aku solat atas katil taw. Betul-betul atas katil sebab kami was-was lantai dia. Yelah, lain negara lain cara hidupnya, lain susun aturnya, lain juga orangnya. Plus, masa tu ruang sempit sikitlah so dah pijak lantai tu guna kasut bagai. Dah tak bersihlah senang citernya. Makanya, solat atas katil. Aku nie ngek betul sebab mula-mula nak solat tu aku macam tak percaya apa Kak Sarimah cakap tapi Kak Sarimah cakap macam tu jugalah dia buat masa dekat China dulu. Emm, okay. Accept that. Lembut tapi kena imbang betul-betul kalau masa rukuk tu kenalah setabil betul-betul kalau tak hanq boleh jatuh. KuiKui. *Sebab tu aku macam nak ketawa :D Pengalaman.

Keesokkan harinya pergi shopping sampai pukul 3 petang jea. Sakan weyh dari pagi sampai petang shopping tapi kalau dah sampai Kemboja jangan lupa beli suteranya taw dekat Central Market ataupun Russian Market.  Ada tapi masa aku beli tu dekat Central Market dapat murah. Korang kalau nak beli dekat sana letak harga paling murah sekali mula dengan 2 dollar. Jangan tiba-tiba letak harga mahal-mahal. Jangan bajet kaya sangatlah senang cite. Huhu~ Macam-macam boleh beli hanya dengan 160 dollar. Penat sangat.

Hah, nak cerita sebelum kita orang pergi shopping. Dr Ismail suruh kita orang pergi muziumnya. Ya Allah, apak seram muziumnya. Tulen ! Mungkin dia ubah sikit-sikit tapi korang boleh rasa penyeksaanya sekali kalau masuk satu bilik ke satu bilik. *cuak ! Kalau dekat Malaysia kita dah modenkan tak macam dekat sana. Still bangunan yang sama tanpa pengubahsuaian, mungkin adalah ubah sikit-sikit. Tempatnya memang seramlah. Tak sanggup. Aku tangkap gambar pun rasa macam nak delete jea pic tu. Nak upload lagilah tak berani. Seram weyh. Kat situ adalah gambar orang yang dah meninggal/mati dan yang 7 orang berjaya melepaskan diri. Budak-budak, bayi pun ada. Kalau korang ada kesempatan ke Kemboja. Pergilah melawat ke muziumnya. Rasalah apa yang aku rasa nie. Meremang bulu roma.

Okay, berbalik ke alam realiti. Lepas shopping tu kita orang bergegas balik ke hotel. Kemas-kemas barang sebab nak check-out. Bla bla bla bla siap semua naiklah Tut tut. Yang macam beca tu tapi guna motor orang panggil tut tut. Hihi

Sampai di airport check-in pulak. Then, pergi Solat dekat tempat biasa. Sepatutnya flight pukul 4.15 tapi delay sampai pukul 6 mungkin faktor Jerebu kot. Bertapalah dekat airport. Hmm tak apalah. Aku dah tak sabar nak balik Malaysia nie. Kikiki

BATAK ! haha. Kak Anis ajar bukan-bukan masa dalam flight. Habis semua selimut, bantal dalam tu kita orang rembat. Haha. Bak kata Dr Rosman, kita bayar. Kita ada hak taw. Okay, DR yang cakap macam tu. Bukan calang-calang orang tu taw. :p Sudu dengan garpu dah konfem-konfem masuk dalam beg dulu dah. Seronok buat keje macam tu yea kalau kena tahan dengan Imegresen dia. Hah, padanlah dengan muka demo yea. Tapi Alhamdulillah. SELAMAT ! (: Nice to hear that !

Seronok pergi melancong ke Negara orang tapi biasalah ada kelebihan dan kekurangannya. Pengalaman macam nielah kita boleh jadikan pendorong dan semangat untuk diri kita kan. Setiap kenangan itu akan menjadi sejarah sama ada pahit atau manis. Terimalah. Saya sangat bersyukur kerana dipilih oleh Allah swt untuk ke Kemboja. Alhamdulillah. "Afwan ! (:

**Pic tak ada untuk entri ini. Maafkan saya. :(




No comments:

Post a Comment