Sunday, 29 September 2013

SEKUAT ITU AKU ! *kawan

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera to all my followers. (:


"Aku kuat ! Aku harus bangkit ! Aku harus sedar siapa aku ! Aku harus kenal diri aku ! Aku HARUS kuat !" Yang paling penting sekali AKU ADALAH AKU BUKAN KAU !

"Amylia, biarkan mereka. Kau tu siapa. Sedar diri sikit. Diorang tu dah senang sekarang, siapa kau dihati diorang. Masa diorang susah kaulah hala tuju mereka, sekarang mereka dah senang kau haruslah dibuang."

Itu cerita dulu, bukan sekarang. Seharusnya aku sedar siapa aku. Siapa aku yang sebenar-benarnya. Hati aku sentiasa menjerit, batin aku sentiasa menderita tapi aku tahu aku KUAT. Yes, I'm a strong girl. Mungkin zahir kau boleh lihat aku tersenyum tetapi batinnya hanya penderitaan aku terpaksa telan pelahan-pelahan. Terima kasih kepada korang semua yang telah membuatkan aku seorang yang berani, cekal, tabah dan sentiasa redha dengan apa yang terjadi. TERIMA KASIH. (':

Setelah apa yang mereka lakukan. Aku masih melembutkan hati aku untuk memaafkan korang semua. Aku tiada dendam dengan korang semua, untuk apa dendam? Tiada manfaat pun jikalau aku berdendam atau menyimpan perasaan yang tidak elok dengan korang kerana aku ada Allah. Aku ada keluarga aku, Mama, Ayah dan adik beradik aku. Aku ada Kak Nana yang sering memberi semangat sewaktu aku jatuh dan aku ada seorang bf yang sangat memahami, Amir. Mereka inilah yang amat menghargai aku. Mungkin Allah tahu apa yang berlaku. Aku terima. (':

Selepas Solat aku sentiasa bedoa :

"Ya Allah, Kau berikanlah balasan yang setimpal diatas perbuatan mereka kerana hanya Kaulah yang lebih layak untuk menghukum dan mengetahui setiap apa yang berlaku. (':" Pasti airmata menjadi peneman sewaktu doa ini dibacakan.

KERANA mereka. Aku dididik. Mungkin dulu aku pun jahat terlalu jahat tetapi kerana mereka aku sedar. Alhamdulillah. Aku banyak meneliti diri aku daripada menyalahkan orang lain atas alasan yang tidak munasabah. Aku lebih tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

KAU ! Boleh cakap apa sahaja yang korang nak cakap mengenai diri aku tetapi aku tiada masa nak memburuk-burukan orang yang pernah hadir dalam hidup aku dan yang pernah aku terlanjur sayang. Aku bukan seperti itu. Kawan makan kawan. Kawan tikam belakang. Kawan yang hipokrit. Kawan yang hanya tahu menghargai ketika susah. (:

Betapa bezanya dulu dan sekarang........

MAMA. Marah tapi aku tahu hati Mama lembut. Bila aku terlalu sebak dengan sikap mereka. Mama adalah tempat aku mengadu sambil menangis. Mama cakap, "Sabarlah, kakak kena kuat. Mama dah cakap dulu, kakak yang tak nak dengar tapi sekarang pengajaran untuk kakak." Mungkin kerana Mama dah tak sanggup nak dengar rintihan hati aku. Doa Mama :

"Ya Allah, Kau berikan balasan yang setimpal dengan apa yang mereka buat pada anakku." )': Aku tak sanggup sangat masa tu dengar doa Mama.

"Ibarat melepaskan anjing yang tersepit." Itulah peribahasa yang Mama sebut dalam situasi aku sekarang tapi aku hanya mampu diam.

Kenapa aku jadi seorang yang sangat diam? Kenapa aku suka menyendiri? Kenapa aku suka buat hal aku jea? Kenapa aku suka duduk jauh dengan korang semua?
SEBABnya.... Aku tak mahu tahu langsung tahu pasal korang lagi. Itu sahaja. Jadi, tolong jangan pernah mengambil tahu hal aku lagi.

Sebagai seorang kawan. Aku ulang lagi sekali aku tiada masa nak buruk-burukkan korang depan orang. Bagi aku cukuplah dengan berdoa. Dia (Allah) yang lebih layak menghukum dan yang lebih layak menilai bukan kita hanya manusia yang sentiasa serba kekurangan. And please stop menjadi seorang yang hipokrit.
Kawan bila perlu, buang bila mahu. *nice words !

Hanya satu pesanan aku untuk semua. Bila berkawan berhati-hatilah kerana mereka hanya KAWAN dan masih atas dasar kawan. Dan bila menjadi seorang kawan. Tolong hormat apa yang pernah menjadi rahsia antara korang. Jangan bila dah tidak berkawan habis luar dalam kau cerita pasal dia dekat orang. Habis kau buruk-burukkan dia macam dia itu jahat dan macam dia langsung tak pernah buat baik pada kau. Wahai, kawan mungkin sekarang, kau ramai kawan. Mungkin sekarang kau senang. Mungkin sekarang kau tengah bahagia apabila menindas orang. TETAPI kau kena ingat hidup ini ibarat roda. Kadang diatas, kadang dibawah. Mungkin orang yang kau hina dulu, kau hukum dia macam dialah penjahat sedunia itu yang muncul disaat kau memerlukan bantuan. Ingatlah. Kita hanya manusia. Tidak layak untuk menghukum apatah lagi tahu melihat apa yang akan terjadi dimasa hadapan. Jadi, berpada-padalah, KAWAN.

Tapi aku pelik dengan satu sikap manusia ini. Setelah dia buruk-burukkan kawan dia. Kawan itu juga yang dia akan cari bila dia susah. Kawan itu juga yang menjadi sahabat dia setiap masa. Inilah kawan yang tikam belakang kawan. Please, respect your friends, KAWAN. Ibarat kau dah ludah, kau jilat balik. Please, don't be a friend likes this. Orang lain melihat kau hanya dengan gelengan kepala. *manusia*

Aku mengucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada korang semua. Aku bangkit kerana korang. Aku dapat menilai hidup. Aku berani. Aku kuat. Aku tidak mudah rebah. Aku tidak mudah melatah. Aku tidak mudah untuk mempercayai. Aku tidak mudah untuk terpedaya. Aku tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Aku lebih berhati-hati. TETAPI kerana korang. Aku. Aku serik untuk berkawan. Terima kasih. (':

Maybe, it's too much for me but I'm still can faced it. I'm a strong girl. Alhamdulillah.

p/s : Jangan hanya indah bila hanya berkawan. (:






No comments:

Post a Comment