Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera.
Banyak sangat, terlalu banyak kadang-kadang sehingga tidak mampu untuk berkata, lihat.
Sakit. Macam-macam.
Tapi itulah manusia.
Pelbagai ragam, terlalu banyak sehingga pelik-pelik.
Ketawa, marah, suka, tangis, benci, menyampah, meluat, menganjing.
Macam-macam itu manusialah kan.
Hamba yang terlalu lemah, terlalu inginkan Pencipta.
Disaat jatuh, meminta-mintalah tetapi hanya kepada Dia.
Cintailah Dia bukan tah apa-apa.
Hmm.
Dirumah, diluar, ditempat kerja, dipersekitaran.
Mereka, mereka ini terlalu banyak perangainya.
Kadang malas melayan, kadang tak terlayan.
Kerana itu juga kita mengenali mereka.
Itu dan ini lah tercetus pengikat silaturahim.
Ingat !
Bila ada yang menghulur tali silaturahim.
Sambutlah dengan senyuman seikhlasnya.
Jangan menilai sebelum mengenali.
Manusia, kelemahan dan kelebihan tersembunyi.
Janganlah dipersiakan.
Sombong, berlagak, bajet hot uols, pemarah, gedik.
Manusia.
Berikan mereka ruang untuk menilai diri sendiri.
Kita ! Hanya perlu berdoa dan menasihati.
Jangan jadi hakim didunia yang hanya nak mengodem orang.
Jadilah manusia yang berbaik sangka.
Ingat ! Setiap amalan itu kan dihisab.
Hapuskan perasan buruk sangka.
Lapanglah dada kita, InShaAllah.
Pendiam, penyantun, pemalu, merendah diri.
Tetap manusia.
Jangan pandang mereka seperti malaikat.
Kerana manusia tetap manusia.
Kadang terbabas dek leka dengan pujian.
Istifar dan sentiasa muhasabah diri.
Ingatlah itu dan ini hanyalah pinjaman dari Allah.
Sekali Dia tarik, menyesal tiada guna.
Cantik, macho. Hahahaha.
Rupa dah tua berkedut juga.
Cantikkanlah, machokanlah dengan air wudhuk.
Tidak mahu cantik, macho tapi mahukan NUR.
"Manusia, kerana aku tetap manusia biasa tetapi berusaha menjadi luar biasa hanya kepada MU."
-Amylia-
No comments:
Post a Comment