Thursday, 22 November 2012

Junior Saya. . .

Assalamualaikum wbt. . .
Hello. . .

semalam aku baru jea terlelap pukul 2 pagi. tetiba ada orang ketuk pintu rumah. perh, macam nak pecah pintu rumah aku dibuatnya. mula-mula nak naik anginlah jugak sebab tahukan baran aku macam mana dan aku fikir budak-budak rumah aku yang outing balik lambat. memang macam nak kena makilah kan !

bella yang bangun dan buka pintu. aku tak berapa jelas apa yang diorang cakap tapi yang jelas sangat diorang sebut nama aku. *Amy tahu, Amy tahu ! apa lagilah  pagi-pagi buta nie. aish !
aku macam buat bodoh jelah, malas nak masuk campur pada mulanyalah kan !

bella pun kejut aku. Amy, Amy ada junior sesak nafas !
HAH ! sesak nafas ! macam kena kejutan elektrik aku bangun terus turun tingkat satu.
sampai je dekat tingkat satu, aku tengoklah junior aku tu.
katil double-daker. katil dia yang atas. aku suruh turunkan dia sebab susah nak tengok dia kalau dekat atas nak panjat lagilah aku tak nak sebab yang pertama, oke dia sesak nafas takut nanti dia tak dapat oxygen yang cukup pulak kalau dah ramai sangat dekat atas tu kan.

aku check badan dia, tak ada demam just badan dia sejuk. nadi dia lemah tapi masih dalam keadaan normal. dia masih boleh bercakap dan boleh jawab soalan yang aku tanya dan dia pun tak ada history of asthma.

so, aku rasa bukan masalah besar sebenarnya cuma adik nie stress mungkin atau kurang rehat. stage nie dipanggil angina pectoris, chest pain sahaja tapi tak memberi kesan apa-apa pun pada jantung. cuma, aku tak boleh buat keputusan macam tu sebab aku masih belajar dan masih tidak ditauliahkan. jadi, malaslah nak memandai-mandai cuma aku ada tanya kawan-kawan dia yang dia nie stress ke. ada kawan dia cakap ya dan ada yang cakap dia oke jea. *no komen* aku dah tahu dah dia punya sign & symptom pun aku dah dapat agak.

ambulan datang dan bawak adik tu ke hospital. settle.

esok pergi kolej aku tanya kawan dia macam mana keadaan dia. kawan dia cakap dia dah dekat asrama. so, means taklah teruk kan?

adik nie cuma stress jea, studentkan? memang kita nampak seseorang itu senyap atau  oke jea tapi kita tak tahu sama ada dia ada masalah ke tak. mungkin dia sembunyikan daripada kita even kita kawan rapat dia kan?

*actually, aku pun pernah kena macam nie (:


# pengalaman akan mengajar kita dan menjadi pendorong untuk kehidupan masa hadapan ! (:


No comments:

Post a Comment