Hi Assalamualaikum wbt.
aku nak cerita sikit pengalaman yang berlaku pada pada 22hb Nov 2012.
hanya Tuhan jea yang tahu betapa berdebarnya jantung aku masa tu.
SubahanaAllah, maha suci Allah. Allahu Akbar !
waktu tu (21hb Nov 2012) aku baru habis kelas dan masa tu aku nak pergi tanya Jue tentang borang MAPPP. sebab tak ada tanda-II pun yang dia nak join. so, aku pun pergi tanya dia dan dia jawab yang dia tak nak join. aku just boleh cakap oke jealah takkan nak paksa pulak.
then, Pika pulak panggil aku. aku pandanglah, last-II Pika just nak cakap yang "dia sayang aku" ngok betul. bangang jugak masa tu sebab sampai aku terlupa nak buat sesuatu. HAISH ! tapi Pika "ILY too" HAHAHA.
kebetulan, masa tu jugak Jue pegang tangan aku macam nak cakap something. aku pun pandang dia. then, dia cakap " Amy tahu tak kiblat dah bertukar arah?" perh ! aku pelik dan aku tanya mana Jue tahu nie. serius risau sangat kot. emm, Jue pun cakap masa dia nak pergi kolej dia nampak matahari terbenan dan ada tulis ALLAH. SubahannaAllah. untung dia dapat tengok *Sedih*
budak-II dah bising sebab habis selama nie diorang solat tu salahlah kiblatnya. aku pun pening juga dan aku cakaplah. kita niat kerana Allah swt. InsyAllah. *bingung semalaman*
untuk kepastian lebih lanjut, aku pun pergi berjumpa dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan aku pun terangkan apa yang berlaku. kelam-kabut dibuatnya. pergi check balik untuk kepastian. serius masa tu terkejut sangat. nak tahu kenapa ! kiblat tu mengarah ke BARAT ! Ya Allah ! berderau sangat darah masa tu dan airmata macam nak mengalir jea masa tu. *tergamam*
aku dah bingung sangat. last-II En Anuar dan Puan Bibi terpaksa merujuk ke masjid yang berdekatan dan mereka membeli kompas yang baru untuk memastikan kiblat mana yang benar. aku dengan Mira tak dapat nak follow sebab kami ada kelas sampai pukul 5 petang. jadi, kami hanya mampu berserah jea.
masa dalam kelas Mira yang dapat mesej dulu yang Puan Bibi hantar :
"ikot kiblat yang lama"
then, aku pun tengok handphone aku dan masa kelas dah habis aku pun pergi jumpa Jue bagi tahu perkara yang sebenar.
malam tu Puan Bibi datang dan kebetulan aku nak turun jumpa dengan Mr Am. beliau bagi kompas suruh aku tengok sama ada betul tak kompas yang baru dibelinya. bila di periksa kembali. memang SAH ! guna kiblat yang lama. Alhamdulillah semuanya kembali NORMAL.
dalam hal nie aku tak boleh salahkan Jue atau sesiapa pun sebab dia hanya ingin membantu tetapi mungkin cara dia jea kurang berpengalaman. anyway, semuanya dah diperbetulkan. Alhamdulillah.
# penyelidikan itu penting daripada gopoh !
No comments:
Post a Comment