Assalamualaikum wbt. . .
Salam Sejahtera. . .
Salam satu Malaysia you all semua :)
sebenarnya saya pun tak tahu nak letak tajuk untuk entri ini. huhu~ *Susah jugakkan? hurmmm
pakai belasah jealah niekan. Haha
tak apalah janji ada input dalam entri inikan. Heee
oke seperti yang diperkatakan semalam saya ada perjumpaan dengan Doktor dari CUCMS.
TAPI sebelum itu nak "story" sikitlah pasai satu benda nie. Hurmm
"Awak nie baran jugakkan Amy !" kata Sir pada aku. Haha *Sir kena marah dengan pelajar sendiri. Haish
baru tahu ke Sir? saya dah cakap awal-awalkan saya macam mana. bukan tak pernah cakap pun.
lagipun, bukan salah saya, Sir yang buat saya mengamuk pepagi. Haha *Sengal kau Amy tak berkat kau belajar gila ! :p
cerita dia macam nie. Sir mintak tolong aku buatkan "slide show" untuk menjelaskan kepada pelajar paramedik kenapa kami terpaksa batalkan penerbangan kami ke India.
aku cakap : "kenapa tak bagi tahu semalam? saya bukan buat apa-apa pun semalam. haish -,-
Sir jawab : "saya lupa". Okelah diterima sebab Sir kan "buzy" saya fahamlahkan.
Jam menunjukkan pukul 9 pagi. lagi sejam jea nie. buat perlahan-lahan In Shaa Allah siap.
dah hampir siap dah benda lah tu, tetiba ada orang "call" Sir. rasanya macam tahu jea siapa gerangannya. :)
kemudian, talian dimatikan dan Sir cakap perjumpaan hari ini hanya dengan Doktor sahaja.
aku pandang Sir, Hurmmm
merepeklah apa lagi kan ! yelah, aku kena bangun pepagi kot sebab hal nie. selalu pagi aku pukul 10 pagi baru bangun. terpaksa korbankan masa tidur tu, PENTING ! haha *just kidding jea sebenarnya cuma aku pun tak tahu macam mana aku boleh merepek dekat Sir tu.
mungkin hubungan kami agak rapat kot. bangang semua dah biasa kalau bergurau. Haha
bagi saya rapat saya dengan pensyarah hanya untuk mengeratkan silaturrahim jea. yelah bila lagi. mana tahu suatu hari aku memerlukan bantuannya. ada juga orang yang aku kenal dan boleh bantu aku.
Jam menunjukkan pukul 10 pagi. jadi aku punyalah kelam-kelibut sebab doktor dah sampai dah. last-last laptop aku, broadband aku semua aku tinggal dengan pensyarah aku pun aku tinggalkan. Haha
masa dalam bilik kuliah :
doktor menerangkan pasal "hand-book". perh !
benda inilah yang akan menyusahkan hidup aku sebenarnya.
kena buat laporan bagai lepas "respon" sesuatu kes. kalau tak dokumen, maka tidak sahlah dan maka itu tiada wujudlah kes itu walaupun aku sebenarnya ada "respon" kes tu. haish -,-'
setiap kes besar perlu ada 4 laporan kes. maximum.
hey, agak kalau setiap hari ada kes tak apa juga. lagi-lagi kalau trauma kes mesti macam payah nak dapat. jadi, maknanya aku kena sentiasa berdoa supaya ada orang "accident" untuk dapatkan keslah yea? Haha, kejam gila kot ! *kidding jealah, kita kena sentiasa doakan yang baik-baik kan untuk orang lain. (peace)
kami akan dihantar ke klinik kesihatan setiap universiti seperti UTM, UM, UKM dan UPM. kami satu batch ada 42 orang jadi setiap Universiti akan dihantar hanya 10 orang mungkin ada kumpulan yang lebih kot. ini semua rezeki tapi aku berdoa sesangat yang aku dapat dekat UTM, Skudai Johor. *doakan aku dapat dekat sini yea. Amiin :)
lagipun, tempat yang dah menerima kami untuk berkerja di klinik kesihatan mereka hanya UTM sahaja buat masa nie yang lain masih dalam pemohonan. tapi rasanya mesti lepas punyakan. :)
kami akan berada disini selama 4 bulan. lagi 2 bulan kami akan berkerja di jabatan bomba, polis, bulan sabit merah dan ST John. secara bergilir-gilir kami akan dihantar mengikut kumpulan untuk "polish" kami punya kemahiran tapi kalau best dapat respon "air-rescue" ke, "water-rescue" lagi best. pengalaman niekan? *berangan jealah kau Amy. hey, mana tahu rezeki aku ada orang rekemen aku, amacam ! korang nak cakap apa? Haha. ini semua rezekilah. doakan jealah yang terbaik dan aku sendiri perlu berusaha mencari pengalaman aku sendiri dengan memantapkan "skill" aku. :)
kami pun sebenarnya dah menjadi graduan CUCMS dan akan di konvokesyen di Putrajaya bersama-sama dengan bebudak medik di CUCMS Oktober 2013, In Shaa Allah. abang, kakak CUCMS. nampak macam UMPH jeakan. Haha, In Shaa Allah lah. habis semester lima (5) semester akhir, cuma semester enam (6) ni hanya untuk mencari pengalaman. orang kata habis Teori, cari Amali pulak yea. Haha *kau jea yang cakap Amy. Heee
kalau boleh aku nak "further study" tapi kalau boleh di luar negara.
tengah berusaha nie tapi kalau tak dapat "local" pun jadilah. mana-mana sak.(MMS) Haha
#semoga semuanya berjalan lancar, doakan kami yang terbaik yea :)
No comments:
Post a Comment