Assalamualaikum wbt. . .
Salam Sejahtera. . .
Salam Sayang dari saya. . .
Nak cerita nie tapi tak tahulah korang semua dah tengok ke belum cerita nie.
Saya? Saya dah tengok sebab nak share dengan korang semua.
Mungkin sekarang isu kerajaan bagi 2juta pada PSY tapi saya tak nak terlibatlahkan. Heee.
Tumbling Drama japan yang mempunyai 11 episod. Cerita nie membuatkan saya menangis, menangis dan menangis. Sebab apa? Bukan sebab percintaan atau cinta tiga segi tetapi semangat setia kawan ! Memang superblah semangat setia kawan yang ditunjukkan dalam drama nie. Kalau korang tak percaya korang boleh tengok sendiri. Dengar lagu dia pun dah sedih apatah lagi jalan cerita ia. :'(
Mengisahkan Azuma-Wataru seorang kaki gangster pada mulanya tetapi akhirnya dia berubah. Perubahannya kerana dia terpaksa memaksa dirinya untuk memilih satu kelab bagi mencukupkan kredit dia yang tak cukup untuk tahun 2. Mulanya dia memilih kelab ragbi tapi gagal. Kemudian, dia mencari kelab yang sesuai dan akhirnya dia memilih kelab gymnastic lelaki. Waaah ! sebab Mira-chan seorang pelajar baru dan dia juga menyertai kelab gymastic perempuan. Persembahan pertama mereka gagal dan sangat memalukan tetapi mereka tak pernah berputus asa !
Yutaa pada mulanya tidak percaya tetapi akhirnya dia terpaksa akur kerana guru kelas mereka Kashigawa. Mereka pun berlatih dan terus berlatih. Wataru pada mulanya dah give-up tapi dia tetap berusaha. Semangat sungguh dia. Kelakar sangat. Konflik berlaku Ryusoke telah memutuskan persahabatan mereka kerana Akanabe. Akanabe tidak pernah berputus asa nak menjatuhkan Wataru tetapi Wataru sangat tabah dalam mengharungi liku-liku hidupnya. Dialah penyelamat bagi sahabat-sahabatnya.
Ryusoke dipukul dengan teruk oleh ahli kumpulan yang telah diperkenalkan oleh Akanabe. Ryusoke mencari kerja sambilan untuk menyara adik-beradiknya jadi dia dipergunakan oleh sahabatnya sendiri. Kejam ! Wataru mendapat panggilan dan terus pergi untuk menyelamatkan Ryusoke tapi pada masa itu Yuta, kapten gymnastic lelaki berpesan. Wataru tidak boleh bergaduh. Wataru rela dirinya dipukul tanpa mempertahankan dirinya untuk Ryusoke. Mereka akhirnya terselamat. Kemudian, berlaku lagi konflik dengan Noppori, pula terpaksa menipu untuk untuk berhenti daripada gymastic disebabkan untuk mengantikan tempat ayahnya yang jatuh sakit. Dia terpaksa menyiapkan semua kerja seorang diri tetapi Wataru dan sahabatnya datang membantunya. Mereka tetap bersatu. Persembahan mereka yang kedua juga gagal !
Satoshi terpaksa berhenti daripada berlatih kerana keadaan jantungnya tidak mengizinkan. Dia tidak dibenarkan untuk bersukan tetapi dia dilantik sebagai manager kelab. Dia terpaksa akur. Atsushi seorang yang skema kot pakai cermin mata. Hahaha. Dia tak pernah berputus asa untuk meningkatkan skill dia. Konflik berlaku lagi isu kali ini lebih serius sebab Taku menyukai Kiyama kawan Wataru semasa sekolah menengah. Gay tetapi mereka mampu mengatasi masalah itu. Kiyama dulu seorang yang pendiam dan suka menjauhkan dirinya daripada orang lain disebabkan satu peristiwa pahit yang dialaminya tetapi dia pulih dan menyertai kelab gymnastic lelaki. Mereka bersatu !
Hino pula mulanya berlagak dan hanya mementingkan kemenangannya seorang sahaja tetapi akhirnya mereka semua bersatu. Mereka mengatasi masalah dengan bijak sekali kerana semangat setia kawan yang sangat kuat. Menangis kot tengok diorang dia. Perwatakan mereka sangat SUPERB !
Final, mereka berlatih bersungguh-sungguh dalam pertandingan kebangsaan tetapi sebelum kejadian Kiyama terpaksa menghalang Akanabe seorang diri untuk mengelakkan Akanabe menyerang Wataru dan meyebabkan mereka tidak dapat bertanding. Habis teruk dibelasah Kiyama. Wataru mendapat panggilan telefon daripada Akanbe. Pada mulanya Nippori, Ryosuke nak ikut tetapi dihalang oleh Wataru. Waktu Wataru nak kena pukul dengan besi, Yuta datang menyelamatkannya, bukan Yuta sorang tapi semua sahabat-sahabatnya. Mereka teruk dibelasah, habis lebam muka tetapi akhirnya Akabane menyerah dan melepaskan mereka. Kino high school sepatutnya tidak boleh menyertai pertandingan itu tetapi akhirnya wanita sihir itu akur. Hahahah. :p
Waktu persembahan mereka kelakar kot mana taknya gymastik musical feat hip hop. Best, korang tengoklah nanti ceritanya. Bukan apa cuba tengok semangat setia kawan mereka. Sanggup susah senang bersama walaupun badai menerpa. Serius, sangat tabik dengan jalan ceritanya. Kalahlah Titanic macam nie. Haha.
** Baju persembahan ini diorang jahit sendiri sebab mereka tak ada bujet nak beli baju.
** Tumbling mereka sangat awesome dan kelakar !
** Barisan perlakon Tumbling !
** Pada mulanya mereka memakai T-shirt putih dan bertukar T-shirt Pink walaupun Wataru tak setuju tapi dia tetap kena pakai. Hahah !
** Kata-kata yang ada dekat T-shirt baju pink yang diorang pakai Jumpling, Dancing and Tumbling !
Persahabatan itu sesuatu ukhuwah yang bukan senang hendak diperolehi tetapi andai dah ada orang sudi berkawan dengan kita janganlah kita menolak.
Walau macam mana penerimaan mereka.
Persahabatan itu sesuatu ukuwah yang sangat suci. Jagalah dan hargailah orang disekeliling anda.
Jika ada masalah pasti ada penyelesaiannya. Jangan membiarkan persahabatan itu sepi dan akhirnya diputuskan. Hurmm
Mencari sahabat, ukuwah yang hakiki !
No comments:
Post a Comment