Selamat pagi. . .
Salam sayang untuk anda pembaca semua. . .
Dah lama rasanya tidak meng'update' belog nie.
Bersawang gamaknya.
Maaflah sedikit sibuk berpraktikal.
Saya dan 9 lagi sahabat saya terpilih untuk berpraktikal di Klinik Kesihatan UTM, Skudai JB selama 4 bulan. Alhamdulillah, staff dekat sini semua baik-baik belaka dan sudi mengajar kami. Al maklumlah budak baru belajarkan kena banyak permerhatian. Tapi biasalah ada jugaklah sesetengah staff yang depan baik belakang rasa macam nak cepuk je mulut diorang nie. Manusiakan biasalahkan. Kami pun tak ambik "port" sangat tentang hal tu, kami tak nak buat kecoh. Yelah kami datang dengan niat nak belajar, nak kumpul ilmu. Biarlah apa diorang nak cakap, cakaplah. Mulut orang kita mana boleh tutup, nanti dah penat tutuplah mulut diorang tukan? (:
Mungkin masalah akan sering melanda tapi pasti ada penyelesaiannya. Masalah kami pun ada juga macam masalah kerja, jadual dan persahabatan. Alhamdulillah setakat nie masih boleh diselesaikan dengan cara baik. Saya sebagai ketua harus bertanggungjawab dalam semua hal dan pastikan semuanya dalam keadaan baik-baik belaka. Walaupun kadang-kadang kecewa dan kecil hati dengan sikap mereka tapi saya kena kuat hadapinya. Biasalah mungkin mereka masih belum memahami situasi yang sebenar.
Setiap minggu pula pasti ada aktiviti, Sabtu dan Ahad pun kami kena "standby". Mungkin orang akan pertikaikan kenapa macam tu? Korang bukan dapat elaun pun? Tapi saya fikir bila lagi kita nak dapat ilmu macam tu? Bila lagi kita nak belajar hidup berkerja macam tu. Memang kami tak dapat elaun tapi adakan elaun itu setimpal dengan ilmu yang kami dapat. Itu dah kira bersyukur kerana masa kami dihabiskan dengan menuntut ilmu. Masa kami selama 4 bulan bukannya sia-sia macam kawan-kawan kami di tempat lain. Tak perlulah berkira sangat jadi manusia nie. Bersyukur seadaanya. Allah itu lebih bijak daripada kita, apa yang diaturkan adalah yang terbaik untuk kita sebenarnya. (:
** Gambar nie bersama Madam tercinta kami Madam Maureen sebelum kami bertolak ke UTM Skudai. Seriously, we miss you so much Madam !
** Gambar setibanya kami di pintu gerbang UTM Skudai, JB. Muka masing-masing bahagia jea. HAHA ! :)
** Okay, random ! Free style *peace*
** Inilah dia UTM Skudai, JB. Besar sangat-sangat. Rasanya 4 bulan duduk dekat sini tak habis pusing kami semua. Waaaaah, excited !
No comments:
Post a Comment