Assalamualaikum wbt..
Salam Sayang...
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi akhirnya aku berjaya menamatkan praktikal selama dua minggu di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebanyak tiga buah tempat secara bergilir-gilir. Pertama sekali aku pergi ke JBPM di Putrajaya. Kami seramai 10 orang bergerak kesana. Kami di Bomba hanya ditempatkan di Pusat Pengurusan Operasi (PPO) bermaksud pusat rujukan untuk 16 buah negeri. Setiap maklumat yang diperolehi di PGO akan diberikan kepada PPO secara ringkasnya. Setiap maklumat dan data yang didapati adalah sulit dan amanah bagi kami untuk menjaga kepentingannya.
Selama tiga hari di PPO kami bergerak pula ke PGO (Pusat Gerakan Operasi) WP. Kuala Lumpur. PGO bermaksud ia akan menjaga balai-balai yang berdekatan bermaksud kalau dekat WP Kuala Lumpur dia ada 17 buah balai. Seperti biasa laporan harus disiapkan. Seterusnya, selama 4 hari di PGO WP Kuala Lumpur kami bergerak ke PGO Negeri Selangor. PGO Negeri Selangor pula terdapat 32 buah balai. Perh, layan jelah kalau nak buat laporan. Tangan nie naik kebas menulis laporan. Memang kena sabar jelah. Berkerja selama 12jam secara bergilir-gilir. Pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupaka. Iyealah kadang-kadang berbuka dalam kereta bersahur dekat tempat kerja. Mana nak dapat semua nie? Sampaikan satu hari tu tak tahu dah azan ke belum kami terpaksa bertanya kepada penjaga tol. Hihi. Ini semua pahit manis yang kami hadapi bersama-sama.
Ada satu hari tu aku memang dah tak boleh tahan sangat. Penat weyh. Okay, bayangkan korang kerja shif malam lepas tu pagi kena lapor diri dekat PGO WP Kuala Lumpur menapak sampai pukul 12.30 petang. Kemudian, tidur dua jam jea sebab pukul 7 malam kena bergerak balik ke sana. Aku memang dah tak boleh tahan. Plus, cuti kami kumpulan C dibekukan. Perh, Ya Allah. Aku call lah Tuan Syed tentang perkara ini. Tapi ayat dia memang makan dalamlah. Haha. Dia cakap macam nie.
"Amylia I knew your the one of the best student. Sepatutnya awak tak boleh cakap sekali pun perkataan penat. Saya tak nak awak sebut perkataan itu lagi sebab awak tu the top student. Saya memang nak uji awak Amylia, saya memang nak bagi awak stress dan akan ada lagi tekanan yang saya akan berikan pada awak." Aku? Yea Tuan Syed anda mungkin berjaya membuat saya penat tapi anda tidak mampu untuk membuat saya tertekan kerana saya berpegang kepada prinsip. Sekali orang cabar saya, saya sahut. Saya masih mampu tersenyum dan melaksanakan tugas saya seperti biasa. Alhamdulillah, saya berjaya.
** Even pratikal pun kami diberi pengetik masa. Masuk tak boleh lebih 7.50am/pm tapi balik mesti lewat 8am/pm. waaaah. huhu~
** Kami group C. (:
** Sewaktu presentation. Kami yang pertama. (:
** Jack selaku ketua memberi cenderahati kepada Tuan Syed. (:
** Nak balik. Cepatlah nak balik. (:
** Akhirnya kami berjaya ! Weeeee. (:
Banyak sangat yang telah Tuan Syed terapkan dalam diri aku. Disebalik ketegasannya dialah manusia yang mampu mengubah sikap dan pemikiran aku sekelip mata. Dan disebabkan beliau aku masih mampu tersenyum sekiranya aku terluka walau perit macam mana pun. Aku belajar untuk berdikari tetapi tidak mementingal diri sendiri. Itu perbezaannya. Terima kasih Tuan Syed kerana anda telah banyak menerapkan banyak nila-nilai murni dalam diri saya.
Tuan Syed banyak memberi pujian pada aku. Aku tak minta pun pujian itu tetapi betullah apa yang orang kata. Seandainya kita ikhlas melakukan sesuatu pasti ada ganjaran yang disediakan pasti ada hikmahnya. Beliau juga mampu membaca pemikiran aku. Kriteria aku pun dia dapat baca. Bukan aku saja bahkan semua kawan-kawan aku yang lain. Seriously, terkejut juga sekelip mata jea dia dapat baca apa yang kita nak buat. huh ! Kami juga dibasuh kaw kaw masa tu. Sebenarnya Tuan Syed saja bagi diorang semua cemburu dan iri hati dengan aku dan Jack diatas pujian kami dapat. Aku banyak diam kalau ditanya baru aku akan jawab. Dan biasanya aku tidak akan dibenarkan menjawab soalan yang diberikan kerana Tuan Syed tidak mahu aku dan Jack yang menjawab setiap apa yang ditanya.
Kita jadi manusia janganlah jadi seorang manusia yang bodoh sombong. Dahlah tidak tahu apa-apa lepas tu sombong tak kena tempat. Berlagak tak sudah. Entahlah, manusia nie memanglah macam-macam ragam. Aku pun kadang-kadang pelik tengok situasi manusia yang macam tu. Kadang-kadang tu dia jea pula yang betul. Hm. Aku banyak bersabar dengan manusia yang macam nie dan aku pun dah malas nak ambik tahu mengenai manusia yang macam nie.
Akhir sebelum kami menamatkan praktikal kami, kami semua dikhendaki membuat satu presentation setiap kumpulan. Apa yang terjadi dalam kumpulan aku biar aku jea yang ketahuilah. Cuma satu jea aku berterima kasih kepada Tuan Syed kerana telah berjaya membuka mata mereka semua dengan kata-kata anda. Terima kasih ! (: Dengan jayanya, kami berjaya menyiapkan tugasan kami. Dan buku laporan harus dikumpulkan tetapi hanya tiga buah buku sahaja yang terpilih untuk diletakkan di dalam arkib PPO Putrajaya. Buku yang lagi dua tu adalah sebagai buku yang paling teruk sekali. Hm. Buku aku diambil kot. Aku cuak juga sebab tak ada apa-apa keputusan yang dibuat antara tiga-tiga buah buku tu buku siapa yang akan disimpan dan akan dijadikan buku yang paling teruk sekali. Tulis aku, MasyAllah macam anak cacing kot. Tapi dalam buku tu Tuan Syed ada memberi pujian terbaik untuk aku tapi aku tak tahulah. We wait and see !
Yang penting bagi aku sekarang aku dah berjaya menamatkan praktikal di JBPM selama dua minggu dengan jayanya. Ya Allah terima kasih ! Terlepaslah kami dari "azab" dunia yang hanya sedikit nie. Huhu~ Seronok. seronok, seronok !
P/s : Setiap teguran itu adalah pemangkin untuk kejayaan kita disebalik sokongan ibu bapa kita. *peace*
No comments:
Post a Comment