Assalamualaikum wbt...
Salam Sejahtera...
Salam Sayang...
Alhamdulillah. Sudah 2minggu kita berpuasa dan kita masih diberikan peluang untuk meneruskan Ramadhan kali ini. Aku bersyukur sangat kerana aku masih diberi kesempatan ini.
Mungkin disini sahaja aku mampu untuk luahkan. Tidak mungkin dengan sesiapa kerana aku dah tak mampu nak mempercayai sesiapa pun dalam dunia ini melainkan ibu dan ayah aku. Dan kerana itu juga aku dah tak mampu nak mempercayai seorang kawan pun. Cukup kali ini, bermaksud cukuplah ia sebagai kali yang terakhir aku mempercayai seorang kawan. Cukup juga hati aku menderita kerana kawan.
TAPI aku tidak salahkan sesiapa pun dalam hal ini. Aku lebih salahkan diri aku kerana tidak pandai untuk menjaga hati kawan sendiri dan yang paling penting aku lemah dalam mengambil hati mereka. Kelemahan aku sejak azali lagi.
Selama 2 tahun kami berkawan. Bukan berkawan tetapi bersahabat. Bukan senang aku nak terima seorang sahabat tetapi setelah aku membuka hati aku untuk menerima mereka. Sekelip mata kau merampas segala-galanya. Ya Allah. Hati siapa yang tidak sakit. Hati siapa yang tak meraung. Hati siapa yang tak menderita.
Aku rapat sangat dengan yang sorang nie. Dia aku anggap dah macam adik-beradik aku kerana dia sangat memahami aku dan pula sangat manja dengan dia. TETAPI disebabkan satu peristiwa tu dan aku memang tidak boleh terima benda tu. Bukan sekali dua dia berbuat begitu dan aku masih boleh memaafkannya. Tapi cukuplah kali yang terakhir ini. Selama 2 tahun aku bersahabat dengan dia ibarat dia masih tidak menghormati aku kerana masih berbuat perkara yang sedemikian kepada aku. Cukuplah bagi aku.
Bukan aku tidak jumpa mereka meminta maaf, bukan aku tidak tanya apa salah aku sehingga mereka buat aku begitu. Iyealah, seandainya aku ada melakukan kesalahan. Tegurlah kesalahan aku bukan buat aku macam tu. Aku pun manusia punya hati dan perasaan bahkan binatang pun ada perasaan ! Fikirlah wahai teman. Mungkin kau kata hati aku ego tapi cuba kau toleh ke belakang siapa yang lagi ego sebenarnya ?
Kalau ditanya kau akan jawab. "Malas nak ambik tahu hal orang!" Kau memang boleh cakap begitu tapi ingatlah, suatu hari nanti kau susah "orang" itu yang akan membantu kau. Fikir-fikirkanlah. Aku tidak mendoakan yang buruk-buruk untuk korang semua kerana korang pernah hadir dalam hidup aku dan telah terlanjur menyayangi korang.
Sedih? Tak perlu ditanya. Mata nie boleh jadi buta bila memikirkan sikap mereka yang tiba-tiba boleh berubah sampai macam tu tapi aku harus percaya pada takdir yang telah ditentukan oleh-Nya. Aku terima, aku telan ia walau pahit macam mana pun. Cukuplah wahai teman apa yang kau telah lakukan kepada diriku ini. Aku tak pernah nak fikir yang bukan-bukan mengenai diri korang kerana aku bukan manusia yang lupa diri. Bila teringat akan kenangan kita bersama-sama suka-duka selama dua tahun aku bersama korang semua aku akan menangis sendirian. Setiap gambar akan dibuka satu persatu tetapi aku tak mampu untuk mengubahnya lagi. Segala-galanya berubah dalam sekelip mata.
Mungkin aku dah banyak sangat termakan budi dengan korang. Mungkin. Inilah pengajarannya yang aku dapat. Allah tunjukkan aku untuk kedua kalinya. Cukuplah jangan yang ketiga. Aku penat sangat. Penat nak layan ragam manusia.
Ya Allah, ku mohon pada-Mu seandainya aku lah manusia yang telah membuatkan hati-hati mereka terluka. Aku memohon maaf. Biarlah hati aku dilukai dan aku tidak akan pernah membalas sedikit pun kepada mereka. Tiada dendam untuk aku balas kerana aku tidak layak. Aku serahkan segala-galanya kepada-Mu kerana Kaulah yang selayak-layaknya dan Kau lebih maha mengetahui Ya Allah. Cuma ku pohon kepada-Mu, Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi suka duka ini dan Kau berikanlah ketenangan kepada diriku. Biarkan bibir aku sentiasa mengutum senyuman manis walaupun perit dugaan yang Kau berikan kepadaku Ya Allah. Mereka tidak perlu tahu apa yang aku alami. Amiin.
Ya Allah, seandainya kau mahu jodohkan aku dengan seorang sahabat. Semoga dia tidak akan mengecewakan hati ku lagi dan kami dapat bersama membimbing diri kami didunia dan diakhirat. Aku tidak akan rapat lagi dengan sesiapa. Mungkin biasa-biasa jea. Cukuplah. Aku sekarang lebih suka bersendirian. Semuanya aku rela buat dengan usaha aku sendiri. Cukup Ya Allah. Aku sebenarnya tidak kuat tapi aku harus kuat !
P/s : Mungkin sekarang kau boleh bahagia dengan merampas kebahagian orang lain tetapi kau perlu ingat sekiranya suatu hari kebahagian kau dirampas. Janganlah kau mengeluh tetapi ingatlah setiap perbuatan yang telah kau lakukan. Hidup ini bagaikan roda. #selfnote
Amy kuat!
ReplyDeleteAllah is always by your side dear. :)
Ya Allah. Syukran kat Tiqah. Amiin. InShaAllah. :'(
ReplyDelete