Salam Sayang semua. . .
Rasanya macam dah tua sangat jea bunyinya tu. Hihi
Nak cerita sikitlah apa yang dah jadi masa sebelum dan selepas tarikh 6hb March 2013.
Okay, saya perasan sangatlah kelakuan mereka semua sangat pelik. Macam nak menjauhkan diri daripada saya. *pelik*
Tapi saya buat tak tahu jealah semua benda tu sebab malas nak layan.
Benda yang saya tak suka diorang suka buat sakit hati jea dengan perangai diorang. *menyampah jea*
Tapi still malas nak layan.
Jack pula sibuk nak kenakan saya. Macam-macamlah dia cadangkan nak kenakan saya.
Tapi masih boleh buat bodoh lagi.
Okay memang dalam hati nie dah cuak juga. Entah apalah yang diorang nak buat tu.
Terfikirlah juga, risau pun ada. Huhu
5hb March tu hari jadi Nabila, besoknya hari jadi saya.
Itu yang saya tak suka sangat tu sebab bukan apa disebabkan hari jadi Bella nanti diorang senang nak ingat hari jadi saya. Huish !
Malam 5hb March tu saya kerja malam.
Tak tahu langsung rancangan diorang apa sebenarnya. Buat tak tahu jealah dan berdoa diorang tak buat bukan-bukan sebab yealah tempat orang kita jangan buat hal pulak. Kecoh nanti wei !
Tapi pelik dengan Yana kenapa dengan dia macam lain macam jea? Roomate saya.
Saya balik kerja pukul 10malam tengok dia dah tido tapi tepat pukul 12malam handsent dia berbunyi.
Dia keluar. Okay saya ingat dia nak pergi toilet tapi yang pelik kenapa lama sangat. *risau*
Masa tu juga saya dah stage 1 tidur. Tidur pun ada stage taw, kena tahu. :)
Tiba-tiba daun pintu terkuak ! Lahai, terkejut wei ! Gilalah.....
Terharu sangat. Tergamam, Haha
Kek tu macam kenal jea? Sempat pulak diorang nie "beli" kek, Haha
*Walaupun simple, terharu sangatlah. Sempat diorang "prepared" semua nie. :')
Terima kasih.
*Tengok ada RABBIT, diorang guna scapula buat papan hari jadi. Kreatif juga diorang nie. Tapi korang nak tahu tak kek tu dibuat daripada apa? Hihi
*Inilah kek buatan tangan yang dibuat selama beberapa jam jea. Agak-agak nak tahu tak diperbuat daripada apa? Kalau nak tahu bacalah entri nie sampai habis yea. :p
Masa nak buka hadiah tu pun sebenarnya saya takut sangat. Haha
Tengoklah betapa telitinya saya buka hadiah nie.
**Mula-mula gelojoh nak buka dari tepi tapi risau agenda diorang yang tak ketahuan tu. Saya bukak dari atas. Hasilnya. WAAAAA, comei tabung saya tu. Heeee
**Inilah kad yang mereka berikan untuk saya. :)
Ingat malam tu dah tamat sebab dah lega jugaklah.
Tapi rupa-rupanya esoknya pun ada kejutan untuk saya, Bella and Yana.
Mulanya, saya yang bagi cadangan kalau nak sambut hari jadi Bella, sambut sekali hari jadi Yana sebab kita orang tak sempat nak sambut dekat Klang masa tu. Biasanya setiap kawan-kawan hari jadi mesti kami akan hadiahkan kek. :)
Masa tu pun pelik kenapa Abg Baha tanya,"adik tak naik atas ke? Ada makan-makan?"
Saya jawab, "Entah, tak tahu pulak."
Semua orang macam lain macam jea kelakuannya. *pelik*
Tapi yang lagi pelik pukul 5petang kenapa Yana dan Bella ada dengan saya dekat kaunter. *musykil*
Tiba-tiba Jack panggil naik atas "meeting room" katanya Dr Ismail nak jumpa. Kita orang bertiga pun ikot Jack.
** Bella masuk dulu tapi masa Jack buka pintu. Suasananya lain bukan meeting. Saya pelik sangat. Sepatutnya Yana masuk selepas Bella tapi dia terus tolak saya masuk. Saya pelik. Waktu Bella masuk dulu diorang nyanyikan "Selamat Hari Jadi". Yang saya takut nak masuk sebab takut wei sebab tu jadi macam dalam gambar. Takut nak masuk. Haha
** Bila dah lama-lama baru faham, sebab tergamam mulanyakan. Haha. :)
**Tiup lilinnya, tiup lilinya. Haha :)
**Potong kuihnya, potong kuihnya. Haha
** Sebenarnya Dr Ismail pun hari jadinya bulan March 20hb. Sekali jealah yea. :))
** Dari kiri Abg Baha, Student Allianze Farmasi dan pilot ambulan, Abg Shahril.
**Dari kiri Arshad, Yuni, Puan Natrah (Ketua makmal), En Hadi (Medical Assistant), Riskina dan Salimah.
**Dari kiri En Muhamad pilot ambulan.
**Inilah keknya. HewHew. Cedap ! :)
**Ini dalang-dalangnya. Huhu~
**Semasa pembahagian kek. Saya yang kena potong, jahat wei diorang nie. Tak apa, tak apa.
**Ini akak Annur, perkerja makmal.
** Yana, Amylia, Nabila 20th
**Sukanya Dr Ismail, Haha.
Terima kasih sangat-sangat yea. Tak sangka semua staff "sporting" macam tu sekali. Terima kasih. :)
Eh, korang nak tahukan kek yang malam tu buat dari apakan? Meh tengok nie..
** Tarar. Diorang buat dengan roti Gardiner, coklat putih, coklat koko, koko krunch, honeystar and biskut bear. Comel jea. Resepi mereka yang bijak belaka nie. Kreatif sangat-sangat. :)
Terima kasih banyak-banyak. Saya tak akan lupakan kenangan ini semua. :))
No comments:
Post a Comment