Sunday, 5 May 2013

Luahan Perasaan.


Assalamualaikum wbt.
Hai semua.

Maaflah sebab dah lama tak meng’update’ belog nie sebab aku tak ada nafsu nak bercerita. *GOME*
Dalam ‘post’ nie aku nak meluahkan perasaan yang aku pendam selama ini. Kalau korang tak suka korang boleh ‘stop’lah membaca ayat seterusanya. Okay?

Aku tak tahulah apa yang diorang tak puas hati dengan aku sampai ‘attack’ aku macam nie. Seriously, sedih sangat weyh. Bila aku dah anggap korang kawan aku seboleh-bolehnya akan percayakan korang TAPI kalau korang dah buat aku macam nie. Ya Allah aku rasa “give-up” sangat dan hanya mampu meluahkan segala-galanya dengan airmata. *murahnya airmata aku*

Terbeban dihati nie hanya mampu dialirkan dengan airmata sahaja. Nak bercerita dengan orang, aku akan fikir banyak kali. Dia akan faham kita ke? Dia akan cuba selami apa yang kita cerita dekat dia ke? Dan yang terakhir boleh ke kita percaya dekat dia? Ahhhh, aku dah tak mampu nak percaya dekat sesiapa lagi dengan apa yang berlaku nie. Kaw-kaw korang tikam aku dari belakang.

2 minggu aku berada di UTM KL, pertukaran praktikal. Hah kaw, hambik sekali kena. Kenapa korang perlu buat macam tu yea? Kau cemburu dengan aku ke tapi aku nak tanya apa yang aku ada sampai kau nak cemburu sampai macam tu? tak habis fikirlah. Mungkin kalau ikutkan baran aku, aku nak tumbuk jea muka kau tu ! Tapi bila fikir rasionalnya tak guna pun buat macam tu. Baik aku diam jea kerana diam itu jea sebenarnya akan membuatkan mereka kalah. J

Bila mama ‘call’ aku ceritakan segalanya dengan mama. Mama cakap bersabarlah kakak. Ini baru praktikal belum kerja lagi. Nanti macam-macam dugaan yang akak perlu tempuhi. Sabar jealah dengan orang macam tu. Kenapa orang Melayu tak pernah senang dengan kejayaan bangsanya? Ada jea dengki, iri hatinya. Cubalah tengok bangsa lain tu, mereka lagi sokong bangsa diorang berjaya. Hey, tukarlah mentality awk tu yea !

Setakat nie aku mampu bersabar lagi. Sangat-sangat bersabar dan berharap aku mampu bersabar sehingga praktikal aku nie habis. Amiin. Aku mohon sangat dalam hal nie aku tak buat apa-apa yang bodoh yang akan membuatkan maruah dan reputasi yang selama nie aku jaga hancur disebabkan manusia talam dua muka nie ! urgh!!

Semoga kebenaran akan muncul dan berharap sangat korang akan berubah dan aku berharap juga korang akan bahagia dunia akhirat. Amiin J

p/s : Dendam itu tiada apa-apa manfaat !

2 comments:

  1. "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan SABAR dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)

    You can do it, hwaiting~!! ^^

    ReplyDelete
  2. Thanx kak Tiqah. Yes, I need to do so ! (:

    ReplyDelete