Tuesday, 4 June 2013

SAKIT ITU UJIAN.

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera. 
Salam sayang semuanya.

Bismillah......

Dah lama sangat tak "update" belog nie. Terabai dia. *krik krik krik*

Okaylah nak cerita sikitlah apa yang dah jadi pada diri sy beberapa hari nie. Huhu~
Pada 26hb May yang lepas. Kami sekumpulan pergi mendaki Gunung Bunga Buah dekat Genting Highland.
Mungkin kalau berkesempatan aku 'post' lah sebab tak ada hati nak cerita sebenarnya. Hm

Cuma dekat sini nak cerita apa yang terjadi dekat aku jealah yea.
Esoknya Isnin, 26hb May 2013. Kita orang kena kerja tapi dibenarkan balik pukul 3 petang sebab aku minta izin balik awal sebab diorang penat. Kesian pulak dekat diorang. Plus, kaki aku pun dah mula rasa sakit. MasyAllah.
Okay, mungkin gaya jalan aku menyebabkan Kak Hasnah tertanya-tanya dan juga Kak Sarimah.

Kak Hasnah : Kenapa kaki tu? Terseliuh ke?
Aku : Tak adalah Akak, ni kuku ibu jari nie sakit sikit.
Kak Sarimah : Meh saya tengok. Chagu kot.
Aku : ?? *cuak* Eh, taklah. Mana pulak. -,-
Kak Sarimah : Mehlah, saya tengok. Mana tahu chagu.
Aku : ??? *buka kasut, buka stokin* slow motion !
Kak Sarimah : HAH ! Kan betul, tapi masih merah lagi. Meh, jumpa doktor.
Aku : Tak payah kot nie. Sikit jea nie. Bukan nie. *takut*
Kak Sarimah : Pergi ambil no sana.
Aku : Mengikut perintah. Daftar sendiri, lepas tu pergi belakang terus jumpa Dr Rosman. Potong Que. Hiks.
Kak Sarimah pun terangkanlah apa yang terjadi. Bla bla bla.

Dr Rosman kata kuku kaki aku masih kuat lagi. Jadi tak perlulah kalau nak cabut. Cuma dia bagi ubat tahan sakit dan bengkak. *mcm aku makan pulaklah kan*

** ubat pertama yang aku dapat tapi aku langsung tak makan. (:

Disebabkan tak makan ubat. Aku menahan sakit seminggu. Kalau malam jea. MasyAllah, berdenyut-denyut, itu belum dicabut lagi. Pada perancangan awal, nak cabut sikit jea maksudnya tepi dia jea sampai akar. Nanti kuku tu dah tak tumbuh lagilah. Daging akan menghimpit ketepi. Jadilah tak cantik nanti. JATUH SAHAM !

Isnin 3hb June 2013. Aku jumpa lagi sekali Dr Rosman dan Kak Sarimah. Dr kata kena cabut. Aku? MasyALlah. *berdebar-debar* Okay, prepared barang semua. Kebetulan, Arshad akan ke Kemboja jadi dia diminta jadi 'assistant' Dr lah. Dalam bilik 'dressing room' ada aku, Kak Sarimah, Arshad dan Dr Rosman jea. Then, aku suruh Arshad kunci pintu. FULLSTOP !

Waktu Dr Rosman nak bius. Aku? Ya Allah. Macam nak nangis belum bius lagi, baru jea nak. Hm
Huh ! Tak tahulah apa perasaan macam tu. Dr Rosman dengan Kak Sarimah suruh aku baring masa Dr nak bius mungkin takut kaki aku bergerak. Waktu mula dia cucuk jarum (3cc), aaiiiiii. BEST ! Tak silap empat kali dia cucuk keliling ibu jari kaki sebab nak bagi kebas dekat situ dan terus cabut kuku tu. Macam nak nangis jea waktu dia bius. Nasib dekat ibu jari kaki, kulit kita keras sikit. Cuba bayang dekat muka? Woi ! Haha.
** Ia telah siap dicabut, dibalut. (: 

Selama nie aku just tengok procedure tu jea. Sekarang aku pulak yang kena. Tapi tak apalah. Lebih baik cabut daripada aku dok menahan sakit. Hm
Jatuh saham, jatuh lah. Dah tak fikir apa. Sekarang kena fikir kena jaga ibu jari aku tu bagai menatang minyak yang penuh ! Kena "dressing" tiap-tiap hari. Dressing sendiri kot. Haha.
Tapi kan waktu malam, sakit sangat sebab sejuk. Rasa nak menangis sebab memang sakit. Bila kena angin jea. Bila terlanggar jea. MasyAllah. SAKIT !

Masa solat, nak sujud dgn duduk antara dua sujud tu. Masa tu memang tak terperi tapi tahan jelah. Sikit jeakan. Mungkin boleh solat cara duduk tapi apalah sangat kaki sy masih kuat. InShaAllah saya masih boleh melakukannya seperti biasa.

Tak boleh kena air, kena Tayammum. Kena balut masa mandi dgn masa ambil wudhuk.
Kena makan ubat yang berlambak-lambak tu. Ikot time pulak tu.
Saya diminta menangguhkan puasa Rejab sebab kena makan antibiotik 3 hari berturut-turut. Tak boleh "miss" sehari pun kalau tak, tak ada kesanlah kan. Redha~

** Inilah ubat yang seharusnya saya telan. Erh !

Pergerakan agak terhad sangat. Saya banyak makan ubat tahan sakit sebab tu kalau saya tidur janganlah bagi saya terjaga sebab saya akan rasa sakitnya. Sampaikan Dr Fuzi bagi yang kuat punya supaya tak sakit tapi kena makan dengan gelusil dulu. Malas pulak nak makan kalau macam tu sebab gelusil tu kena kunyah. Hm

** Minta MC dekat Dr Fuzi dapat terus seminggu. Terbaiklah. Dapat juga tambahan ubat. Nasiblah, Hm.

Ini semua dugaan dan ujian yang diberikan. Saya harus kuat utk tempuhinya. Ini baru sikit.
Jangan pernah menjadikan alasan sakit untuk tidak beribadat kepada Allah. Anda tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Please !
Ini juga kenangan waktu naik gunung hari tu. Inilah hasilnya. Haha
Dr Rosman tahu aku tak makan ubat. Haha *kantoi !

#Doakan kuku saya cepat tumbuh dah saya juga cepat sembuh yea. Amiin. (:

No comments:

Post a Comment