Thursday, 4 July 2013

CAMBODIA_Part One

Assalamualaikum wbt. . .
Salam sejahtera. . .
Salam satu Malaysia. .

Tanggal 18hb Jun 2013 tibalah masanya saya akan menjejakkan kaki ke bumi Kemboja untuk khidmat masyarakat dan berkhatan. Alhamdulillah yang untungnya semuanya di taja oleh UTM dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM. Syukur Alhamdulillah. Bila lagi kita nak rasa menjejakkan kaki ke "over the sea" Haha. Aku rasa bertuah sangat kerana dapat juga aku pergi luar negara. Yelah, tak dapat pergi ke India dapat juga pergi ke Kemboja. Hiks.

Aku membuat khidmat masyarakat di Kemboja selama tiga hari jea. 18hb hingga 20hb Jun 2013. Tapi macam-macam dugaan yang berlaku bila nak dekat-dekat akhir. Pertama sekali tiket habis. Cadangan awalnya, ingat dari Senai ke KLIA tetapi tiket dah habis ! Waah, ramainya yang nak pergi Kemboja. Ergh ! Jadi terpaksalah beli tiket Changi Airport, Singapore. Seksanya bila masuk Singapore. Imagresennya KEREKnya alahai ! 

Yang kedua, van yang nak hantar tak ada. Takkan nak naik ambulan. Memang tak akan lepaslah. Berpusing pergi ke Seni Bina empat kali. Dari pukul 8pagi cadangnnya nak pergi, last-last pukul 12 tengahari baru lah kita orang dapat pergi. Macam-macamlah. Itulah kalau buat kerja last minutes. Pelik tapi benar. Hmm

Yang ketiganya pula, van salah masuk lorong. Lorang yang dimasuknya lorong barang bukan penumpang waktu dekat imegresen Singapore. AHhh ! Dah macam banduan dah kita orang. Waaa, aku dah mengigil-gigil dan kecut perut dah waktu kena pergi office dia. Dah macam pesalah tapi sebenarnya tak bersalah. *takut* Tapi Alhamdulillah sebab bila pegawai tu tanya no kapal terbang berapa. Kita orang cakaplah MI 608. Pegawai tu cakap dia lepaskan kita orang sebab "flight" dah nak berlepas. Memang pun ! Pukul 4 petang "flight" nak berlepas dah. Masa kita orang tersangkut tu pukul 3petang dah. Mak aiii. Masing-masing masa tu dah fikir memang kena balik Malaysia dah nie. Aku pun pasrah dah. Tak dapat pergi pun tak apalah daripada terseksa macam nie. Haha *cepat sangat putus asa sebelum berjuang !*

Kami dilepaskan. Tapi kami tak bersalah okay. TAK BERSALAH. Haha. Yelah, pilot ambulan masa tu yang bawak, Abg Shahril dia tak pernah lagi masuk Singapore, jadi dia tak tahu. Tak boleh salahkan dia. Salahkan orang yang menguruskan benda nielah. Pegurusan kucar-kacir. 

Yang keempat pulak. Disebabkan tak tahu Changi Airport tu diorang pun pasang GPS tapi salah setting. Hah, kau hambik berpusing-pusinglah kau dekat situ ! Masa dah pukul nak pukul 4 dah. Dammit ! Gilalah. Memang aku pun tak fahamlah. Rasa macam tak tahu nak rasa apa ! Hmm

Tapi syukur Alhamdulillah. Kami akhirnya berjaya juga mengatasi halangan dan rintangan dengan jayanya. Tepat pukul 4 petang kami sampai ke Changi Airport. 'Flight' pukul 4.20petang. Lepas check in beg semua. Lepas dari scanning beg, badan semua. Reaksi muka sorang-sorang semua lega kalau tak tegang, ketat macam apa jea. Sampai kan aku pun sama dah. Penat berpusing-pusing satu hal. Sesak pulak tu. Memang "sangkak" betullah masa tu. Tapi usaha tangga kejayaan kan. Kami berjaya harunginya juga. Alhamdulillah. Syukur. (:


** Dari pandangan atas. Hey, kami diatas, anda dibawah tu buat apa? Haha :D


** Makananku. Sebelum nak bagi makanan, cik pramugari akan dtg tanya sama ada kita nak "muslim food" ke tak? Of courselahkan "muslim food". Then, dia akan tag dekat kerusi kita "muslim food". Mula-mula aku dapat nasi. Panggillah pramugari tu cakap, "kak, saya tak makan nasi, ada pilihan lain tak?" Dia pun bagi aku pasta dengan ikan nie. Waaa, tenkiu kak comel. (:

**Kami dah hampir sampai. Pandangan Kemboja dari atas. Kemboja mempunyai sungai yang terpanjang di dunia. See ! 

** We are arrived at Cambodia Airport. Alhamdulillah (:

**Semasa menunggu orang jemput. Kita snap snap. Klik Klik dulu yea. Hee (:

Nak Solat agak susah tetapi itu bukan alasan untuk kita beribadat yea. Surau dekat airport dia unisex maksudnya lelaki dan perempuan campur dan tempat ambil wudhuk dia terbuka. Tak macam dekat Malaysia, kalau perempuannya tertutupkan? Dekat sini tak yea. Maksudnya lelaki dan perempuan ambil wudhuk di tempat yang sama. Aurat kena pandai jagalah sebab situ kawasan lalu-lalang orang ramai. Untungnya rakyat Malaysia tapi itu pun tak nak solat jugak. Masy-Allah.

Okay, kalau toilet pulak korang kena sediakan botol kosong dalam beg sebab dekat sana bukan macam Malaysia ada paip air. Korang kena ambik tisu banyak-banyak, basahkan baru masuk toilet. Susah, lecehnya weyh. Oleh itu, sediakanlah botol kosong dalam beg yea. Isi botol tu dekat sinki baru masuk toilet. Teringat kata-kata Dr Rosman. Dia kata kalau yang "flush" banyak-banyak kali tu biasanya orang Malaysia. Pengalaman masa dia belajar di luar negara dulu. huhu~ Memang betul pun. Hihi

Penempatan kami pulak Alhamdulillah. Kami ingatkan susah nak cari makanan halal sebab tu masing-masing sediakan meggie, bubur dan sup paket. Haha. Tapi bersyukur sangat tempat penginapan kami walaupun bukan hotel lima bintang tetapi boleh diibaratkan seperti hotel lima bintang tahu. Seronok sangat, selesa pulak tu. Layanannya pulak macam Raja. BEST ! Makanan dia pun sedap-sedap. Sebelum nak datang sini, orang-orang klinik yang biasa datang cakap susah nak makan ayam sebab dekat sini banyak ikan. Macam-macam jenis ikan dia sebutnya. Last-last malam tu kita orang dihidangkan dengan ayam goreng. Haha. Aku nak gelak guling-guling jea. Padan muka. Blukkk ! Owh, ayam gorang kau penyelamatku. :*

Nasi dia korang tak payahlah nak ambik sampai pinggan tu penuh. Pinggan dia pun kecik macam piring jea. Nasi dia tak payah makan banyak-banyak sebab cepat kenyang. Diorang kata macam beras siam dan rasanya pun lain. Orang yang bagi tahulah sebab aku kan tak makan nasi. Diorang suruh cuba. Aku cuba tengok jealah dan senyum. Itu jea mampu. :p

Lepas tu, kami pun berehat. Tempat penginapan kami betul-betul sebelah surau. Pukul 4.30 azan dah berbunyi. Aku cepat-cepat bangun dan terkebil-kebil. Pelik?! Yelah, sebab sebelum nak tido semalamnya, kita orang tanya subuh pukul berapa. Kakak tu cakap pukul 5.30pagi. Hah. Tapi dah azankan tak boleh nak dipertikaikanlah. Lagipun, Kemboja dengan Malaysia beza waktunya lambat satu jam. (:

*Nice smell, nice view guys !

Continue reading : Cambodia_part Two

No comments:

Post a Comment